Thursday, April 26, 2012

d.i.a.~ episod 4

deringan telefon mengganggu tumpuan Dia pada rancangan di kaca tv. Sambil mengusap badan kucing kesayangannya, Dia mencapai telefon yang nyaring berbunyi lantas tersenyum melihat nama suaminya tertera di situ.

"Assalamualaikum abang" dengan manja Dia menjawab
"Ayang sayang abang tak" tanya Zaki
"Mestilah ayang sayang abang..kan abang suami ayang" Dia masih berkata-kata manja..girang dengan pertanyaan suaminya walau pun salamnya tidak bersambut. Jarang sekali Zaki berkata sedemikian.
"Kalau sayang, kenapa buat abang macam ni? Cakap dengan abang siapa 'syerna cendo'? Kenapa curang dengan abang?"

Dia terpenpam. Keriangan sebentar tadi terus terpadam. 'syerna cendo' ~ bekas kekasihnya.Ternyata Zaki telah membuka akaun emailnya! Dia mengingati setiap perkataan yang disembangkan dengan 'syerna cendo' melalui ruangan sembang siang tadi. Tiada kata yang menunjukkan dia curang pada Zaki. Cuma lelaki itu menyatakan dia tidak mampu memadam kenangan mereka di masa lalu. Keduanya bersetuju untuk tidak menoleh lagi ke belakang dan menerima apa yang telah ditakdirkan untuk mereka.

"Abang..Dia tak ada apa-apa dengan orang tu. Memang dulu kami rapat. Tapi itu dulu. Sekarang Dia ada abang. Dia tak pernah curang pada abang" esak Dia kian deras.

Namun, Zaki enggan mendengar penjelasan Dia. Talian telefon dimatikan. Dia berusaha untuk menghubungi Zaki. Berkali Dia mendail no telefon Zaki. Namun begitu keras sungguh hati Zaki memberi peluang buat Dia menjelaskan duduk perkara sebenar.

Dalam esak tangisnya Dia menaip mesej memohon maaf. Namun mesej yang diterima dari Zaki sangat menghiris hatinya. Zaki rela andai Dia ingin bersama lelaki itu. Dalam hati Dia menjerit pilu. Tak sanggup Dia kehilangan suaminya hanya kerana perkara yang tidak pasti.

Terketar-ketar tangan Dia mendail nombor telefon Zaki dan kali ini panggilannya disambut. Meskipun disambut dengan nada yang keras, Dia berusaha untuk cuba melembutkan kembali hati suaminya. Namun usahanya sia-sia. Zaki tetap dengan keputusannya.

Tanpa berfikir panjang, Dia mencapai kunci kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dalam renyai hujan dan kelam malam sesekali langit cerah dipanah kilat, Dia memandu laju. Destinasinya, tempat kerja Zaki. Dalam fikirannya, hanya untuk memujuk Zaki.Tidak terlintas lansung akan keselamatan dirinya.

akan bersambung...

No comments:

Post a Comment

ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah