
Allah taala telah berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 3 yg bermaksud:
"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya"
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab :
~ suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya
~ keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit
~membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah
~Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Jadi..persoalannya..kat mana alasan lelaki-lelaki ini nak sangat berpoligami
No comments:
Post a Comment