Thursday, September 18, 2014

dugaan atau rahmat dari Allah

Assalamualaikum..
hmm sedar tak sedar dekat setahun jugak la umi tak update blog yer. sebok @ menyebokkan diri @ buat2 sebok..
lantaklah mana satu pun..tp memang dah lama sangat tak update..ada banyak benda nak cerita..tapi asyik tersangkut je jari ni.. baru nak mula taip..erk..nak taip apa ye..haha..bleh macam tu?

kali ni umi nak cerita apa yang jadi berlaku pada umi dan family umi..family mertua lain kali ye
tahun ni banyak dugaan yang jadi pada keluarga kami
dugaan kesihatan, dugaan kehilangan,
umi mulakan dengan gambar ye

adik waktu sihat yang pakai tudung purple
ni adik umi . acik @ UMI KHARYANI. adik dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU). eh apsal skema pulak ni. oke..kisahnya gini. adik umi disahkan mengidap kanser mulut dan tekak TAHAP 4. untuk adik yang bertubuh kecil dengan kesihatan yang tak seperti orang normal..doktor tak meletakkan harapan yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan adik seperti sediakala

bermula julai 2014. wad 17 hosp taiping jadi rumah kedua acik dan mak. diawal pertemuan hanya ada doc, mak dan ayah. segalanya masih kabur. masih tak tahu apa yang berlaku pada acik. kadang2 mulut umi ni capui jugak (korang tau ka capui tu apa?) umi pernah cakap dgn mak masa mula2 rasa pelik dgn mulut acik. bgtau mak bawak la acik ke klinik risau2 kot kena barah..hah..memang itu lah dianya.sampai la ni umi rasa ralat. umi dulu yang perasan benda tu dah kenapa umi je yang tak bawak ke klinik..terasa BONGOK betul masa tu. hmm sambung cerita

berjumpa dengan doc gigi, dr juliana (manis orgnya, cakap pun lembut) katanya tak dapat dipastikan apa sebenarnya yang ada di dalam mulut acik. tp apa yang diorang nak buat..diorang akan cabut gigi acik kesemuanya..diulangi KESEMUANYA..(kalau kita la..nak cabut gigi sebatang pun takut)

hari pertama dimasukkan ke wad 17/7/14
Photo: Raya paling tak best..paling tak meriah..rendang selalu tak cukup, tahun ni sampai basi.lemang banyak berbaki.kuih tak berapa nak luak..duhai adikku sayang..kami tak kisah berkampung di sana sini..asalkan dikau mampu tersenyum walau sedikit..
raya ke 5 masuk semula ke wad 1/8/14
selepas 5 hari pembedahan 10/8/14

No comments:

Post a Comment

ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah