Thursday, January 13, 2011


Mood ari ni = Aku rasa nak boh penerajang sedas dua kt korang ni..tp..aku ni kan pompuan.. lemah..huhu..sedih lagi..Sebab korang..aku x dak selera plk nk mkn..terperap lg la dlm peti ais..aku kenal sapa diri aku..aku tahu baik buruk kelaku aku..aku tahu setiap kesilapan yang pernah aku buat..tp..itu bukan peluang untuk korang suka2 hati mak bapak tiri tok sedara korang nk ambil kesempatan atas aku..aku pun reti nk jadi baik la tongong..(ops..terkasar suda)erm..dah!! malas dh aku nk melampiaskan segala kemarahan..tapi hati aku sakit sangat..tadi pun dh berjurai ..


update:
rimas!!!lemas!!!..awak tu dh rupa ketam..ada ati nk ajar sy berjalan..huh..bukan x sudi..tp bukan awak yg sy akan cari kalau nak mntak tolong skali pun..awak yg hampir memusnahkan apa yg sy baiki..tolong jgn ganggu sy lg!! 
seorang pelacur pun di anggap mulia bila mana hanya memberi makan kpd seekor anjing!!..
Allah x pernah membezakan manusia..hanya kita yang meletakkan diri kita samada berada di tempat yg dimuliakan Allah atau tempat yg mana kita dipandang hina..
jadi..awak bukan sesiapa pun yang berhak untuk menilai saya.. ini jalan yg sy pilih untuk mendapat keredhaannya..InsyaAllah..

Wednesday, January 12, 2011

SeNyUm

Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Tuesday, January 11, 2011

kerang oh kerang

malam ni aku teringin nak makan kerang masak lemak cili api..g pun nak cuba try test tengok kan aku alah ke edak dgn kerang ni..tp..belum lg aku telan sekor kerang pun badan aku dh timbul2 bengkak..cis sungguh..mesti pasai panas ptg tadi..heheh..try la petua dlm tenet nih..alhamdulillah..BERKESAN!!..pada sesapa yg kena hives mcam aku nii try lah..

bengkak2 tu panas kan..amik kain..basahkan..dapat air sejuk lg bagus..pastu tuam la kat bengkak2 tu smpai ilang panas..cnfirm..pastu korang akan rsa ok..


update : baru pas makan kerang..sedap seh aku masak (kembang idung jap)..ok..xder bengkak2..jd kerang xde masalah ngn kulit aku..yeah

gatal lagi

kelmarin badan naik gatal2 lagi..kali ni siap kt bibir..aduh..kena plk ms tu k.pah tgh perform kt AJL..hah..budak umh siap perli..
"u** x payah pun nk cocok mcm k.pah tu ha..dh ke depan pun mulutnya"
hampeh sungguh budak umh aku ni..start semalam aku mula melistkan apa ke benda yg aku makan..konon mau trace la apa penyebab bengkak2 gatal ni..tp aku rasa bukan pasai benda mkn la..mr z tu asyik x bagi aku ngap sambal belacan..perghh..nasik without sambal belacan???? x lengkap beb..dh bertahun2 aku hidup dgn makan nasik bersambal belacan..xdenye sebab belacan tu aku nk bengkak2 gini..bermula lah listing aku

ari pertama ~ aku pulun telan ayam satu ari..with sambal belacan occay = ok je..xde bengkak2..mean aku bleh makan ayam..yay

ari kedua ~ asam pedas ikan pari..favourite aku nih..also with sambal belacan = ok jugak..xde bengkak2..dulu aku takut2 jugak mau mkn ikan pari..org kata kalau dh badan tu gatai makan ikan pari ni buat tambah gatai..yay..boleh mkn ikan pari lagi.. (iklan jap ~ asam pedas ikan pari mak aji changkat lada best) petang ni igt mau pekena bakso..harap2 ok..

actually..aku da baca sikit info pasal hives ni..boleh bawak kojol ooo..erk..gerun sekejap..tp aku rsa aku nyer x la sekronik tu sampai nk bwk kojol..erm..kat situ dikaborkan..(ewah..keluar loghat perak dh) ada mcm2 punca dh jenis hives ni..skrg ni aku rsa bab food..aku lepas kut
cuma x sure lg antara cold hives and heat hives..x kan la dua2 kut..x merasa aku main salji kang..huhu
k ar..next day aku upload lg per citer hives aku ni

Monday, January 10, 2011

Filianti Vlee - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) (Offical MTV)

hives atau ruam kulit

Terdapat beberapa jenis ruam kulit berserta penyebab dan rawatannya. Rawatan tidak akan mendatangkan kesan sekiranya penyebab ruam tersebut tidak dihapuskan terlebih dahulu.
Apakah ruam kulit?
Ia merupakan gangguan kulit yang bersifat sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok merah dan berkulit kasar. Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.
Ruam kulit yang biasa

Keadaan atau Penyakit
Penyebab
Rupa bentuk ruam
Kawasan kulit yang dijangkiti
Gejala-Gejala lain
Penjagaan Sendiri
Ruam lampin
Kulit bersentuhan terlalu lama dengan air kencing, najis dan bahan- bahan kimia tertentu
Ia kelihatan merah, sedikit kasar, berkerak dengan garisan sempadan tompok yang jelas. Selalu terjadi bertompok-tompok diikuti dengan binti-bintil kecil diluar kawasan terjangkit.
Kemaluan, punggung, kelangkang dan peha
Kerengsaan, terasa sakit, gatal, bengkak kecil
Hapuskan segala punca atau penyebabnya. Sapu krim anti-keradangan dan anti kulat. Jangan menggunakan sabun pada ruam lampin
Tinea pedis
Jangkitan kulat
Pecah-pecah, mengelupas, berkerak, lepuh mengeluarkan air bisa, kulit kering dan pecah. Kelihatan keputihan dan lembab. Kulit menebal dan berkeruping, kuku pecah-pecah.
Di celah-celah ibu jari kaki
Gatal, berbau yang tidak menyenangkan, terasa sakit dan kerengsaan
Rawatan dengan ubat anti kulat (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
Cradle cap (Kudis di kepala)
Hormon yang memasuki uri sebelum kelahiran, terlekat di kepala bayi dan tidak dicuci dengan baik dan sentiasa menutup kepala bayi.
Berminyak, berkeruping berwarna kekuningan, selalunya kelihatan merah.
Jangkitan bermula dari belakang telinga dan merebak hingga ke kulit kepala.
Kerak-kerak halus dan kerengsaan.
Basuh kepala setiap hari dengan sabun berubat. Cuci dan bersihkan segala kelemumur dan kerak di kepala. Lap dengan tuala yang direndam dalam air suam. Dedahkan kepala kepada udara dan matahari.
Ruam panas ( Prickly heat)
Kelenjar peluh tersumbat oleh habuk dan kepanasan
Jerawat kecil berwarna merah. Terdapatnya lepuh yang berwarna merah jambu di atas kulit.
Dada, di belakang , pinggang, ketiak dan kemaluan.
Gatal-gatal (mungkin kesan dari demam).
Elakkan dari kepanasan. Mandi dengan air sejuk. Sapu losyen Calamine.
Rubela
Virus Rubela (boleh dicegah dengan suntikan vaksin)
Ruam leper bertompok-tompok merah jambu
Muka, leher, badan dan di kelenjar-kelenjar yang lembut
Mudah berjangkit mulai dari hari ke tujuh sebelum timbulnya ruam sehinggalah 7 hari selepas itu
Rawat demam dengan ubat parasetamol. Elakkan dari berdampingan dengan wanita hamil. Minum lebih banyak air dan berjumpalah doktor.
Ekzema (Atopic dermatitis)
Bahan alergen (boleh berlaku di kalangan keluarga yang menghidap alahan).
Kering, merah, dengan lepuh yang kecil dan berair. Kulit pecah-pecah, lepuh dan mengeluarkan air serta berkerak. Jika digaru kulit akan menjadi tebal dan kasar.
Pada bayi: ia bermula di lengan, kaki dan pipi; Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa; terjadi di leher, lengan, lutut dan siku.
Gatal-gatal (bermula gatal-gatal kemudian timbulnya ruam selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian).
Berjumpalah doktor untuk didiagnos dan dirawat






Cacar air
Virus Herpes zoster (kayap)
Tompok-tompok kecil berwarna merah yang banyak dan terasa gatal. Kemudian ia akan bertukar menjadi jerawat kecil dan akhirnya membentuk keruping.
Bermula di belakang badan, dada dan perut kemudian di seluruh badan.
Demam ringan 24 jam sebelum timbulnya ruam. Kemudian diikuti dengan terasa sangat gatal
Rawat demam dengan ubat parasetamol. Jika keruping dijangkiti, sapu dengan Gentian violet atau krim antibiotik di tempat yang gatal. (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
Psoriasis
Tidak diketahui sepenuhnya. Boleh terjadi di dalam keluarga.
Bintil-bintil merah, tebal dan kasar diselaputi keruping berwarna putih atau perak.
Kulit kepala, bulu mata, tangan, kuku, siku, lutut dan punggung. Boleh juga berlaku di mana-mana bahagian badan.
Terasa gatal sedikit
Berjumpa doktor jika disyaki menghidap psoriasis.
Impetigo
Jangkitan bakteria pada kulit
Timbulnya kudis yang berkeruping kekuningan serta berkilat
Selalu terjadi di muka kanak-kanak, terutama di sekeliling mulut.
Kadangkala diserang demam diikuti dengan terasa gatal-gatal.
Berjumpalah doktor.
Ruam gatal(hives)
Tindak balas alahan terhadap makanan, jangkitan virus, ubat, gigitan serangga atau bahan-bahan lain.
Tompok yang menebal dan membonjol seperti sengatan lebah. Ia akan timbul dan hilang dan berubah dari satu tempat ke satu tempat lain.
Mana-mana bahagian
Teramat gatal, bagi kes yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak tekak (memerlukan rawatan kecemasan).
Mandi dengan air sejuk atau tuam dengan sesuatu yang sejuk. Jika kegatalan yang dialami sangat teruk, dapatkan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine.
Berjumpalah doktor sekiranya gejala semakin teruk.


Penjagaan sendiri
Sebelum mengambil apa-apa rawatan, adalah penting anda mengetahui punca sebenar terjadinya ruam tersebut. Ini akan membantu anda memilih rawatan yang betul. Tetapi anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor, sekiranya:
  • Anda tidak begitu pasti penyebabnya.
  • Ruam diikuti dengan demam.
  • Ruam meliputi kawasan yang luas.
  • Terdapat sejarah menghidap ruam kulit dalam keluarga.
  • Anda merasa tidak selesa.
  • Ia mengeluarkan cecair, berdarah atau bernanah.
  • Anda merasakan ia boleh berjangkit.
  • Ia tidak sembuh dalam masa 3 hari selepas anda cuba merawat sendiri.
Pencegahan
Jadikan ini sebagai amalan jika anda mempunyai kulit yang sensitif:
  • Memakai sarung tangan ketika membasuh atau membuat kerja-kerja rumah.
  • Gunakan sabun yang lembut untuk membasuh pakaian dan membilasnya dengan sempurna.
  • Gunakan krim pelindung sebelum bekerja dengan sesuatu yang basah. (contoh: air, pelarut dan sebagainya).
  • Pakai pakaian yang dibuat 100% daripada kapas untuk kulit yang sensitif.
  • Gunakan salap atau krim pengemulsi daripada menggunakan sabun untuk membersihkan dan melembapkan kulit anda (dapatkan nasihat pegawai farmasi).
  • Pastikan kuku jari anda pendek untuk mengurangkan kerosakan kulit akibat menggaru.

ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah