Monday, January 10, 2011

hives atau ruam kulit

Terdapat beberapa jenis ruam kulit berserta penyebab dan rawatannya. Rawatan tidak akan mendatangkan kesan sekiranya penyebab ruam tersebut tidak dihapuskan terlebih dahulu.
Apakah ruam kulit?
Ia merupakan gangguan kulit yang bersifat sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok merah dan berkulit kasar. Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.
Ruam kulit yang biasa

Keadaan atau Penyakit
Penyebab
Rupa bentuk ruam
Kawasan kulit yang dijangkiti
Gejala-Gejala lain
Penjagaan Sendiri
Ruam lampin
Kulit bersentuhan terlalu lama dengan air kencing, najis dan bahan- bahan kimia tertentu
Ia kelihatan merah, sedikit kasar, berkerak dengan garisan sempadan tompok yang jelas. Selalu terjadi bertompok-tompok diikuti dengan binti-bintil kecil diluar kawasan terjangkit.
Kemaluan, punggung, kelangkang dan peha
Kerengsaan, terasa sakit, gatal, bengkak kecil
Hapuskan segala punca atau penyebabnya. Sapu krim anti-keradangan dan anti kulat. Jangan menggunakan sabun pada ruam lampin
Tinea pedis
Jangkitan kulat
Pecah-pecah, mengelupas, berkerak, lepuh mengeluarkan air bisa, kulit kering dan pecah. Kelihatan keputihan dan lembab. Kulit menebal dan berkeruping, kuku pecah-pecah.
Di celah-celah ibu jari kaki
Gatal, berbau yang tidak menyenangkan, terasa sakit dan kerengsaan
Rawatan dengan ubat anti kulat (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
Cradle cap (Kudis di kepala)
Hormon yang memasuki uri sebelum kelahiran, terlekat di kepala bayi dan tidak dicuci dengan baik dan sentiasa menutup kepala bayi.
Berminyak, berkeruping berwarna kekuningan, selalunya kelihatan merah.
Jangkitan bermula dari belakang telinga dan merebak hingga ke kulit kepala.
Kerak-kerak halus dan kerengsaan.
Basuh kepala setiap hari dengan sabun berubat. Cuci dan bersihkan segala kelemumur dan kerak di kepala. Lap dengan tuala yang direndam dalam air suam. Dedahkan kepala kepada udara dan matahari.
Ruam panas ( Prickly heat)
Kelenjar peluh tersumbat oleh habuk dan kepanasan
Jerawat kecil berwarna merah. Terdapatnya lepuh yang berwarna merah jambu di atas kulit.
Dada, di belakang , pinggang, ketiak dan kemaluan.
Gatal-gatal (mungkin kesan dari demam).
Elakkan dari kepanasan. Mandi dengan air sejuk. Sapu losyen Calamine.
Rubela
Virus Rubela (boleh dicegah dengan suntikan vaksin)
Ruam leper bertompok-tompok merah jambu
Muka, leher, badan dan di kelenjar-kelenjar yang lembut
Mudah berjangkit mulai dari hari ke tujuh sebelum timbulnya ruam sehinggalah 7 hari selepas itu
Rawat demam dengan ubat parasetamol. Elakkan dari berdampingan dengan wanita hamil. Minum lebih banyak air dan berjumpalah doktor.
Ekzema (Atopic dermatitis)
Bahan alergen (boleh berlaku di kalangan keluarga yang menghidap alahan).
Kering, merah, dengan lepuh yang kecil dan berair. Kulit pecah-pecah, lepuh dan mengeluarkan air serta berkerak. Jika digaru kulit akan menjadi tebal dan kasar.
Pada bayi: ia bermula di lengan, kaki dan pipi; Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa; terjadi di leher, lengan, lutut dan siku.
Gatal-gatal (bermula gatal-gatal kemudian timbulnya ruam selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian).
Berjumpalah doktor untuk didiagnos dan dirawat






Cacar air
Virus Herpes zoster (kayap)
Tompok-tompok kecil berwarna merah yang banyak dan terasa gatal. Kemudian ia akan bertukar menjadi jerawat kecil dan akhirnya membentuk keruping.
Bermula di belakang badan, dada dan perut kemudian di seluruh badan.
Demam ringan 24 jam sebelum timbulnya ruam. Kemudian diikuti dengan terasa sangat gatal
Rawat demam dengan ubat parasetamol. Jika keruping dijangkiti, sapu dengan Gentian violet atau krim antibiotik di tempat yang gatal. (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
Psoriasis
Tidak diketahui sepenuhnya. Boleh terjadi di dalam keluarga.
Bintil-bintil merah, tebal dan kasar diselaputi keruping berwarna putih atau perak.
Kulit kepala, bulu mata, tangan, kuku, siku, lutut dan punggung. Boleh juga berlaku di mana-mana bahagian badan.
Terasa gatal sedikit
Berjumpa doktor jika disyaki menghidap psoriasis.
Impetigo
Jangkitan bakteria pada kulit
Timbulnya kudis yang berkeruping kekuningan serta berkilat
Selalu terjadi di muka kanak-kanak, terutama di sekeliling mulut.
Kadangkala diserang demam diikuti dengan terasa gatal-gatal.
Berjumpalah doktor.
Ruam gatal(hives)
Tindak balas alahan terhadap makanan, jangkitan virus, ubat, gigitan serangga atau bahan-bahan lain.
Tompok yang menebal dan membonjol seperti sengatan lebah. Ia akan timbul dan hilang dan berubah dari satu tempat ke satu tempat lain.
Mana-mana bahagian
Teramat gatal, bagi kes yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak tekak (memerlukan rawatan kecemasan).
Mandi dengan air sejuk atau tuam dengan sesuatu yang sejuk. Jika kegatalan yang dialami sangat teruk, dapatkan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine.
Berjumpalah doktor sekiranya gejala semakin teruk.


Penjagaan sendiri
Sebelum mengambil apa-apa rawatan, adalah penting anda mengetahui punca sebenar terjadinya ruam tersebut. Ini akan membantu anda memilih rawatan yang betul. Tetapi anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor, sekiranya:
  • Anda tidak begitu pasti penyebabnya.
  • Ruam diikuti dengan demam.
  • Ruam meliputi kawasan yang luas.
  • Terdapat sejarah menghidap ruam kulit dalam keluarga.
  • Anda merasa tidak selesa.
  • Ia mengeluarkan cecair, berdarah atau bernanah.
  • Anda merasakan ia boleh berjangkit.
  • Ia tidak sembuh dalam masa 3 hari selepas anda cuba merawat sendiri.
Pencegahan
Jadikan ini sebagai amalan jika anda mempunyai kulit yang sensitif:
  • Memakai sarung tangan ketika membasuh atau membuat kerja-kerja rumah.
  • Gunakan sabun yang lembut untuk membasuh pakaian dan membilasnya dengan sempurna.
  • Gunakan krim pelindung sebelum bekerja dengan sesuatu yang basah. (contoh: air, pelarut dan sebagainya).
  • Pakai pakaian yang dibuat 100% daripada kapas untuk kulit yang sensitif.
  • Gunakan salap atau krim pengemulsi daripada menggunakan sabun untuk membersihkan dan melembapkan kulit anda (dapatkan nasihat pegawai farmasi).
  • Pastikan kuku jari anda pendek untuk mengurangkan kerosakan kulit akibat menggaru.

No comments:

Post a Comment

ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah