Tuesday, November 27, 2012

hari ke dua di bandung


assalamualaikum dan selamat siang ya..aduh-aduh..sepertinya indonesian gitu..hakhak..
oke..umi nak smbung citer jalan-jalan ke bandung..post sebelum ni umi stop sampai cover tido kan.. tapi takde la smpai tido sepanjang hari..

sampai petang baru menggagau mencari makan.. sebut pasai makan..susahnya nak cari makanan yang betul-betul halal..melainkan restoran masakan padang..soheh la kehalalannya..kalau gerai2 biasa tu..tgk list menu..nasi goreng..bla..bla.. menu makan mmg biasa..bila langut ke atas..dah bersusun botol arak..jadi kena la pangkah..adoi..

masa kat bandung kami stay kat PROGO HOTEL, JALAN RIAU. fyi..jalan riau ni kalau nak di bandingkan lebih kurang macam kt bukit bintang.. cuma kt sana sejuk je..pasai banyak pokok2 besar.. dia punya SHOPPING MALL sangatlah banyak..macam STAMP MALL, HERITAGE FACTORY OUTLET, TERMINAL TAS, VICTORIA FACTORY OUTLET, THE SECRET FACTORY OUTLET, THE SUMMIT..banyak lagi lah..nak cerita banyak sangat..nak tepek gambar x amik la plk..tp nanti umi carik org punya gambar umi tepek kt sini..xdak niat pa pun na..nk bg korang jeles je..hakhak..yang paling umi suka..STAMP MALL & THE SECRET FACTORY OUTLET. sebabnya..stamp mall tu sebenarnya PEJABAT POST. makanya boleh 2in 1 la..yg bestnya setiap pembelian..x kira mahal ka murah mesti dimasukkan dalam paper bag macam sampul surat. sampul surat macam kita yg dulu2 kaler putih pastu kt keliling tu ada kaler merah biru tu.. THE SECRET FACTORY OUTLET pulak macam shopping in the garden..masuk je dah sejuk mata memandang..penuh kehijauan tumbuh2an.. kt tengah2 outlet tu ada taman berkolam..boleh santai2..sangat sejuk mata memandang.


Stamp mall

The secret factory outlet

 heritage factory outlet
the summit
terminal tas (pic ni sempat amik masa dalam van)
 
kain pasang sulam yg ada kt pasar baru
 
banyak gila rambang mata
 
telekung..ni baru satu gerai
cukup sampai sini untuk hari kedua..
pesanan penaja..kalau nak makanan kt sana..tengok2 lah yer..takut kehalalannya diragui..
bab minum..kalau nk sejuk sebut ES..kalau nak TEH O AIS sebut ES TEH MANIS.. kalau tak dapat la teh yg tawaq leseh..dh la rasa macam teh hijau..erkkkk..sekian..kui3
 
**mana-mana pic yg kena cilok tu..mintak maap yer..x kasik kredit pun

Thursday, November 22, 2012

pak supir ~ bawaku ke bandung

Assalamualaikum w.b.t
dah lama tak update blog. erm..nak sambung citer Dhia mood asyik terkacau je. la ni nak sambung citer jalan-jalan luar negara lagi..yang ni baru betul2 luar negara..naik kapal tobang tu..(hek eleh..orang lain naik tak heran pun..hello..ni first time tau i naik kapal tobang..kau ado??) haha..jangan sentap k..meh nak citer..jeng jeng jeng..amacam? ada rasa teruja?

1st time terbang di atas awan
jeng jeng jeng..harap jangan confius.. umi tak dak skandal dengan superman.. mahu pun ultraman okey.. nih nak citer betapa jakunnya orang kampung macam cheq ni nak naik kapal terobang. tapi kena la belakon sikit..kang malu pulak dengan anak buah yang dh berkali2 terobang. sebelum pi umi google kt tenet.. cari pengalaman orang naik kapal terobang..yelah..cheq ni orang kampung..tersangat la jakun tengok burung besau tu..i reti malu oke..jadi nak elak memalukan diri sendiri umi cari dulu apa2 yang patut.. jadi bila dh baca perihal jakun orang lain..xdak la nak kisah sgt kalau tertonjol jgk kejakunan umi..kih kih kih.. baguskan

Holiday kali ni dapat tajaan sepenuhnya dari my lovely sis..tinggal nak shopping sajork sendirian berhad..kalau itu pun ditaja..huishhh bahagia dunia..nanti umi upload gambo dia erk..kang enterframe lebey plk. seperti dijanjikan 9hb umi pun terpacak la kt rumah kakak. enche asben tolong antar. kami punya flight patutnya pukul 8.45 malam 9 nov ritu. memula delay kul 10.45.. sudahnya 12 lebih baru la dapat merasa terobang..tapi tak rasa apa pun..pasainya dh tengah malam sangat kan.. mengantuk yang lebihnya.. (akak bagitau kalau air asia memang slalunya delay). masa check in tu akak heran apsal umi dapat hot seat..he he he.. umi x tau pa pun.. 1st time kan.. mana nak pi tau beza seat tu hot ke tak.. jadi.. umi masuk dulu..tempat duduk 1C.. depan skali tu..bleh tengok apa yang pramugari/a buat kt depan. yang  tak best pasai tak leh duk tepi tingkap.. teringin nak tgk luar.. tapi tak ralat mana pasai malam..apo yo yg nampak..

oke..abih citer naik kapal terobang..xdak pa pun..tp masa balik baru betul-betul enjoy flying. alhamdulillah.. kami selamat sampai ke SOEKARNO-HATTA INTERNATIONAL AIRPORT, JAKARTA dalam pukul 2.30pg ( kat sana dalam pukul 1.30 pg.. lambat sejam dari waktu malaysia). kat airport dah memang ada pak supir yang menantikan kami.. kesian dia.. tunggu kami dari petang sebab menjangkakan flight kami tak delay. jadi perancangan awal kami turun flight terus tuju ke bandung.. ingatkan sekejap rupanya 3 JAM SETENGAH perjalanan dari jakarta ke bandung.. fuh..memang seat kereta tu jadi tilam lah untuk kami..dah la seat x bleh nak baring pasai penuh dgn beg.huh..mencabar betul.. sampai kt bandung dalam pukul 6pagi (umi citer jam malaysia lah yer..kang pening pulak) tapi 6 pagi tu dh cerah macam pukul 8..apa yg kami buat..dengan muka tak mandi..terpisat-pisat..kut ada ayaq liuq basi pun dah tak kisah..memang rasa selemoih abih..MONEY CHANGER FIRST. kebanyakan money changer kt sana 24 jam..tukar duit.. RM 300 = 890,000rp++.. banyak gila.. masa dapat duit tu..jadi blur kejap.. mati nak kira berapa kali ganda ni??pas tukar duit tu terus ke hotel. stay kat progo hotel, betul2 tengah bandung. ramai jugak orang malaysia stay kt situ. umi tutup dulu citer ni..pasai hari tu saja kami abihkan masa dalam bilik.. cover tidoq.. ngantuk gila.. malam baru kami kluar pusing.
nti umi sambung lg k..
sebelum tu jamu mata wokeh.. ni lah kakak kiter..kui3



Thursday, April 26, 2012

d.i.a.~ episod 4

deringan telefon mengganggu tumpuan Dia pada rancangan di kaca tv. Sambil mengusap badan kucing kesayangannya, Dia mencapai telefon yang nyaring berbunyi lantas tersenyum melihat nama suaminya tertera di situ.

"Assalamualaikum abang" dengan manja Dia menjawab
"Ayang sayang abang tak" tanya Zaki
"Mestilah ayang sayang abang..kan abang suami ayang" Dia masih berkata-kata manja..girang dengan pertanyaan suaminya walau pun salamnya tidak bersambut. Jarang sekali Zaki berkata sedemikian.
"Kalau sayang, kenapa buat abang macam ni? Cakap dengan abang siapa 'syerna cendo'? Kenapa curang dengan abang?"

Dia terpenpam. Keriangan sebentar tadi terus terpadam. 'syerna cendo' ~ bekas kekasihnya.Ternyata Zaki telah membuka akaun emailnya! Dia mengingati setiap perkataan yang disembangkan dengan 'syerna cendo' melalui ruangan sembang siang tadi. Tiada kata yang menunjukkan dia curang pada Zaki. Cuma lelaki itu menyatakan dia tidak mampu memadam kenangan mereka di masa lalu. Keduanya bersetuju untuk tidak menoleh lagi ke belakang dan menerima apa yang telah ditakdirkan untuk mereka.

"Abang..Dia tak ada apa-apa dengan orang tu. Memang dulu kami rapat. Tapi itu dulu. Sekarang Dia ada abang. Dia tak pernah curang pada abang" esak Dia kian deras.

Namun, Zaki enggan mendengar penjelasan Dia. Talian telefon dimatikan. Dia berusaha untuk menghubungi Zaki. Berkali Dia mendail no telefon Zaki. Namun begitu keras sungguh hati Zaki memberi peluang buat Dia menjelaskan duduk perkara sebenar.

Dalam esak tangisnya Dia menaip mesej memohon maaf. Namun mesej yang diterima dari Zaki sangat menghiris hatinya. Zaki rela andai Dia ingin bersama lelaki itu. Dalam hati Dia menjerit pilu. Tak sanggup Dia kehilangan suaminya hanya kerana perkara yang tidak pasti.

Terketar-ketar tangan Dia mendail nombor telefon Zaki dan kali ini panggilannya disambut. Meskipun disambut dengan nada yang keras, Dia berusaha untuk cuba melembutkan kembali hati suaminya. Namun usahanya sia-sia. Zaki tetap dengan keputusannya.

Tanpa berfikir panjang, Dia mencapai kunci kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dalam renyai hujan dan kelam malam sesekali langit cerah dipanah kilat, Dia memandu laju. Destinasinya, tempat kerja Zaki. Dalam fikirannya, hanya untuk memujuk Zaki.Tidak terlintas lansung akan keselamatan dirinya.

akan bersambung...

Monday, January 9, 2012

d.i.a ~ episod 3

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

"selalu sangat lagu ni main kat radio. demam ombak rindu. layan je lah" 

ngomel Dia sambil tangannya ligat menjahit langsir yang baru dibeli. Dia berangan-angan. hari persandingan nanti akan mencoretkan memori yang sangat indah buat mereka berdua. terbayang-bayang betapa indahnya perhiasan pelamin dan bilik pengantin. sungguh asyik Dia mengelamun sehinggalah dikejutkan dengan pelukan suaminya. 

"amboi..asyik sungguh sayang abang ni berangan..sampai tak sedar abang kat belakang..berangan apa ni?"

sungguh terkejut Dia dengan perlakuan suaminya. merah mukanya menahan malu.

"abang nak air? ayang buatkan

tanpa menunggu jawapan Dia cepat ke dapur. sengaja melarikan diri dari usikan suaminya. malu dia bila terus diusik.

minuman sejuk di bawa lalu diunjukkan kepada suaminya. dengan perlahan dia duduk di sisi suaminya. 

"Abang..tinggal sebulan lebih je lagi majlis kita. bila nak bagitau mak ayah ayang? mama dan ayah abang pulak macamana? apa reaksi diorang lepas abang bagitau tadi?"

begitu banyak soalan Dia. bimbang juga dia jika soalan-soalan itu menaikkan kemarahan suaminya. Dia sedar,  ada desakan dalam setiap pertanyaannya. kerisauan itu semakin kendur tatkala melihat senyuman di wajah suaminya.

"InsyaAllah.. minggu ni ayang balik kampung kan? abang akan menyusul kemudian. sama-samalah kita mengadap mak dan ayah. dan ada berita gembira. mama dan ayah abang dan terima penjelasan abang. secara rasminya ayang dah jadi menantu dalam keluarga abang" 

Dia bersyukur. Allah permudahkan urusan mereka dan berharap begitu juga penerimaan keluarganya nanti. sambil itu Dia bercerita tentang angan-angan hari persandingan mereka kepada suaminya.

Namun kegembiraan sebentar tadi terbantut apabila suaminya berkeras tidak mahu bersanding. malahan pelamin juga tak perlu disediakan. Dia terpaksa menurut bila itu kemahuan suaminya.

seharian suaminya menemani Dia di rumah. Dia mula menyibukkan diri menyiapkan makan malam. patin gulai tempoyak, ikan masin dan ulam pegaga menjadi menu makan malam mereka. sedang elok mereka selesai menjamah makan malam, kedengaran suara muazin mengalunkan azan menandakan masuknya waktu isya'. Dia pantas mengemas meja makan dan dibancuhkan secawan milo panas untuk suaminya. lantas itu dia terus mengerjakan tanggungjawab kepada Ilahi.

sambil membetulkan ikatan rambutnya dia duduk mengadap kaca tv. namun matanya begitu berat sekali. agaknya keletihan menjahit siang hari tadi. Dia terus berganjak ke bilik tidur.

Dalam lenanya Dia dikejutkan dengan bunyi enjin kereta dihidupkan. terus matanya terjaga. Dia meraba-raba mencari suis lampu. sebaik sahaja rumahnya diterangi cahaya lampu, Dia terus bergegas keluar rumah. kelihatan suaminya sudah berada di dalam kereta dengan muka yang masam mencuka. Dalam renyai hujan Dia lantas mendekati suaminya.

"abang nak balik jugak ke malam ni? kenapa tak kejutkan ayang?" sambil itu Dia mengucup tangan suaminya.

"buat apa abang duduk di sini kalau tak dilayan. dibiarkan macam tunggul!"

Dia terpempan. tidak menyangka perlakuan suaminya berubah. Dia ditinggalkan keseorangan dalam rintik hujan. hanya esak tangis yang menemani malamnya.

"bagaimana harus aku membahagiakan dia seandainya aku terus diseksanya"


ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah