Monday, January 9, 2012

d.i.a ~ episod 3

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

"selalu sangat lagu ni main kat radio. demam ombak rindu. layan je lah" 

ngomel Dia sambil tangannya ligat menjahit langsir yang baru dibeli. Dia berangan-angan. hari persandingan nanti akan mencoretkan memori yang sangat indah buat mereka berdua. terbayang-bayang betapa indahnya perhiasan pelamin dan bilik pengantin. sungguh asyik Dia mengelamun sehinggalah dikejutkan dengan pelukan suaminya. 

"amboi..asyik sungguh sayang abang ni berangan..sampai tak sedar abang kat belakang..berangan apa ni?"

sungguh terkejut Dia dengan perlakuan suaminya. merah mukanya menahan malu.

"abang nak air? ayang buatkan

tanpa menunggu jawapan Dia cepat ke dapur. sengaja melarikan diri dari usikan suaminya. malu dia bila terus diusik.

minuman sejuk di bawa lalu diunjukkan kepada suaminya. dengan perlahan dia duduk di sisi suaminya. 

"Abang..tinggal sebulan lebih je lagi majlis kita. bila nak bagitau mak ayah ayang? mama dan ayah abang pulak macamana? apa reaksi diorang lepas abang bagitau tadi?"

begitu banyak soalan Dia. bimbang juga dia jika soalan-soalan itu menaikkan kemarahan suaminya. Dia sedar,  ada desakan dalam setiap pertanyaannya. kerisauan itu semakin kendur tatkala melihat senyuman di wajah suaminya.

"InsyaAllah.. minggu ni ayang balik kampung kan? abang akan menyusul kemudian. sama-samalah kita mengadap mak dan ayah. dan ada berita gembira. mama dan ayah abang dan terima penjelasan abang. secara rasminya ayang dah jadi menantu dalam keluarga abang" 

Dia bersyukur. Allah permudahkan urusan mereka dan berharap begitu juga penerimaan keluarganya nanti. sambil itu Dia bercerita tentang angan-angan hari persandingan mereka kepada suaminya.

Namun kegembiraan sebentar tadi terbantut apabila suaminya berkeras tidak mahu bersanding. malahan pelamin juga tak perlu disediakan. Dia terpaksa menurut bila itu kemahuan suaminya.

seharian suaminya menemani Dia di rumah. Dia mula menyibukkan diri menyiapkan makan malam. patin gulai tempoyak, ikan masin dan ulam pegaga menjadi menu makan malam mereka. sedang elok mereka selesai menjamah makan malam, kedengaran suara muazin mengalunkan azan menandakan masuknya waktu isya'. Dia pantas mengemas meja makan dan dibancuhkan secawan milo panas untuk suaminya. lantas itu dia terus mengerjakan tanggungjawab kepada Ilahi.

sambil membetulkan ikatan rambutnya dia duduk mengadap kaca tv. namun matanya begitu berat sekali. agaknya keletihan menjahit siang hari tadi. Dia terus berganjak ke bilik tidur.

Dalam lenanya Dia dikejutkan dengan bunyi enjin kereta dihidupkan. terus matanya terjaga. Dia meraba-raba mencari suis lampu. sebaik sahaja rumahnya diterangi cahaya lampu, Dia terus bergegas keluar rumah. kelihatan suaminya sudah berada di dalam kereta dengan muka yang masam mencuka. Dalam renyai hujan Dia lantas mendekati suaminya.

"abang nak balik jugak ke malam ni? kenapa tak kejutkan ayang?" sambil itu Dia mengucup tangan suaminya.

"buat apa abang duduk di sini kalau tak dilayan. dibiarkan macam tunggul!"

Dia terpempan. tidak menyangka perlakuan suaminya berubah. Dia ditinggalkan keseorangan dalam rintik hujan. hanya esak tangis yang menemani malamnya.

"bagaimana harus aku membahagiakan dia seandainya aku terus diseksanya"


No comments:

Post a Comment

ouR TruLY loVE

Daisypath Anniversary tickers

our marriage

Daisypath Anniversary tickers

yang sudi menjengah